Sunday, September 2, 2007

LWA (Learn & Work Assignment)


Apa Itu LWA ?

LWA merupakan singkatan daripada Learn and Work Assignment (LWA) atau Tugasan Pembelajaran dan Tugasan Kerja. LWA merupakan kombinasi pembelajaran secara berdikari (Self Reliance Learning) dan tugasan di tempat kerja. Pendekatan latihan yang berpusatkan pelatih digunakan manakala pengajar di industri dan istut latihan hanya berperanan sebagai moderator, coach, fasilitator dan penasihat. Pelbagai peringkat pembelajaran secara berdikari digunakan bergantung kepada tahap kesukaran tugasan pembelajaran dan tugasan kerja. LWA dibangunkan bergantung kepada tahap kesukaran tugasan pembelajaran dan tugasan kerja. LWA dibangunkan oleh jurulatih dan pengajar dari kedua-dua pihak industri dan institut latihan.

Kandungan Learn and Work Assignment (LWA)

Dokumen LWA mengandungi gambaran mengenai soalan penilaian, kriteria penilaian pengetahuan, kriteria penilaian kemahiran dan panduan kepada perantis, jurulatih dan pengajar di institut latihan dan industri.

NOCC

Definisi NOCC


  • NOCC (National Occupational Core Curriculum) atau Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK)

  • NOCC didefinisikan sebagai satu dokumen yang mengariskan kerangka latihan yang perlu dilaksana di industri dan institusi latihan yang meliputi latihan praktikal dan teori seiring dengan perubahan teknologi bagi mengeluarkan k-Pekerja.

Kegunaan NOCC

  • Digunapakai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Dijadikan sebagai asas bagi menyediakan bahan-bahan dan keperluan latihan.

  • Dijadikan sebagai standard bagi menentukan tahap pencapaian dan kualiti kemahiran perantis dalam pelaksanaan SLDN.

  • Dijadikan sumber rujukan utama dalam menyediakan Tugasan Pembelajaran dan Tugasan Kerja ( Learn dan Work Assignment (LWA))

Untuk Muat Turun Senarai NOCC yagn telah dibangunkan:


http://www.nvtc.gov.my/bm/index.php?option=com_remository&Itemid=187&func=fileinfo&id=59

Faedah SLDN Kepada Perantis

Elaun
Perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut.


Semesta Elaun Minimum Sebulan
Pertama RM 350

Kedua RM 400
Ketiga RM 450

Keempat RM 500



Persijilan
Setelah menjalani kursus selama 2 tahun perantis akan dianugerahkan sijil k-Pekerja SLDN (sama taraf dengan SKM tahap 3) yang diperakui oleh MLVK dan industri yang berkaitan


Pembangunan Kerjaya
Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :


a. Layak mengikuti program DKM.

b. Pengajar di industri institut latihan.

c. Bekerja sendiri.

d. Peluang kenaikan pangkat.

Faedah SLDN

Insentif Kewangan

  • Mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.

  • Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.

Peningkatan Kualiti Produktiviti

  • Meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri.

  • Meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.

  • Meningkatkan daya saeng kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi.

  • Meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran.
Pembangunan Human Capacity
  • Meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri.

  • Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja.
    Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara.

  • Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada.

  • Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.

Apa itu SLDN???

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual National.


Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004. SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.


Pendekatan SLDN dapat mengurangkan pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar.



Konsep Latihan
SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan day release atau block release iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut.


Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama 4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap minggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan block release ialah pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan.


Jangka masa latihan adalah selama 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semesta.


Bidang kemahiran yang ditawarkan
Bil. Sektor Bidang Kemahiran
1 Teknologi Pengeluaran Pembuatan Perkakasan ( acuan & Die)
2 Elektronik Perindustrian Automasi Proses
3 Automotif Automotif Mekatronik
4 Petrokimia, Minyak dan Gas Operasi Loji


Bidang kemahiran yang akan melaksanakan SLDN akan ditambah dari tahun ke tahun berpandukan kepada keperluan semasa.