Sunday, September 2, 2007

Apa itu SLDN???

SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual National.


Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004. SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.


Pendekatan SLDN dapat mengurangkan pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar.



Konsep Latihan
SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan day release atau block release iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut.


Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama 4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap minggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan block release ialah pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan.


Jangka masa latihan adalah selama 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semesta.


Bidang kemahiran yang ditawarkan
Bil. Sektor Bidang Kemahiran
1 Teknologi Pengeluaran Pembuatan Perkakasan ( acuan & Die)
2 Elektronik Perindustrian Automasi Proses
3 Automotif Automotif Mekatronik
4 Petrokimia, Minyak dan Gas Operasi Loji


Bidang kemahiran yang akan melaksanakan SLDN akan ditambah dari tahun ke tahun berpandukan kepada keperluan semasa.

1 comment:

Anonymous said...

Ya, saya tak faham apa yang Times Academy buat. Macam jual sijil je!
Sijil dari ICMA??? Apa tu? Kenakan yuran 1,300 untuk peluang perniagaan??? JPK tak pantau ke?