Thursday, August 30, 2007

Lawatan PPL

Adalah dimaklumkan bahawa JPK sentiasa menjalankan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia. Sehubungan itu, bagi memastikan perlaksanaan latihan di Pusat Bertauliah (PB) dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar, lawatan PPL akan dibuat secara teratur yang melibatkan tiga sesi lawatan iaitu :

Lawatan Verifikasi Pertama (Pertengahan Penggal)
Lawatan Verifikasi Kedua (Pengesahan Portolio)
Lawatan Verifikasi Ketiga (Pengawasan Peperiksaan Akhir) - sekurang-kurangnya 1 minggu selepas lawatan verifikasi kedua

Lawatan yang lebih kerap membolehkan pihak JPK menyampaikan khidmat nasihat kepada PB berkaitan pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia. Sehubungan itu, bagi membolehkan lawatan ke PB dibuat secara teratur, semua PB diminta mendaftarkan calon-calon dalam tempoh 30 hari dari tarikh mereka memulakan latihan di PB. Kegagalan PB berbuat demikian boleh menjejaskan persijilan calon kelak.

Untuk makluman, pihak JPK akan mengatur Lawatan Verifikasi Pertama PPL untuk pelatih yang memulakan latihan di PB pada Januari 2007 pada bila-bila masa bermula pada bulan April 2007 ini. Namun begitu, sekiranya PB memerlukan lawatan PPL pada kadar yang segera, maka pihak PB boleh mengemukakan permohonan terus kepada Jabatan.

Sekian, harap maklum.


Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan KemahiranKementerian Sumber Manusia

No comments: